KeSunyiaN MalaM...

Isnin, 3 Ogos 2009


Malam yang sunyi sesunyi hati ini...bila ku lihat dan hayati malam ini..kadangkala ku tidak sedar betapa besarnya rahmat yang diberikan kepada ku..malah, ku rasa bersyukur dengan kehidupan yang ku perolehi selama ini. Mungkin nasib diriku tidak sebaik orang lain.Namun,sedari masih ada yang kekurangan daripada kita. Maka sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki dan perolehi..
Malah, cubalah hargai apa yang kita miliki terutama keluarga kita,rakan-rakan kita..janganlah kita hanya mencari sahabat di saat kita memerlukan pertolongannya.. sesungguhnya,sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa bersama kita di kala duka mahupun suka.
Tetapi sedarkah kita,begitu sukar mencari insan yang bernama sahabat..
Mungkin benar,bila orang kata "itu sahabat baikku" erm beruntung orang yang memiliki gelaran itu. Namun,andai kata ada orang berkata"Aku lebih suka sendiri dan aku tidak perlukan sahabat baik!" erm rasa-rasa kenapa orang itu berkata demikian.
kadangkala orang akan mentafsirkan dia itu sombong atau kera sumbang.Namun,pernahkaH kita melihat dari satu dimensi berlainan, pernahkah kita terfikir mungkin dia itu pernah mengalami pengalaman yang mendukakan dirinya ketika bersahabat.JAdi dia lebih senang mengambil keputusan untuk bersendiri. jadi adakah salah dengan ungkapan itu..fikir-fikirkanlah...
Aku tidak mengatakan bahawa kita tidak memerlukan sahabat atau kawan dalam kehidupan kita..bagi diriku sendiri, kawan itu merupakan satu hadiah yang paling berharga dalam hidupku...sebab itu, aku sentiasa cuba untuk menghargai kawan-kawanku walaupun kadangkala diriku terluka..namun apa dayaku..hanya kerana diriku terlalu manghargai sampai kadangkala diriku tertindas..
Walau apapun terjadi, bagi diriku semua itu adalah satu cabaran untuk mematangkan diriku. Malah, semua itu merupakan pengalaman yang paling berharga dalam hidupku...
JAdi,jangan salahkan diri kita ataupun orang lain atas apa yang berlaku k..yang penting kita harus bangkit dan berusaha untuk selesaikan masalah dan dugaan yang kita hadapi...yang penting SENYUM K!

2 ulasan:

amil berkata...

adikku rizz memang benar katamu mencari sahabat sejati tidak semudah disangaka.Banyak yg perlu dikorbankan.Tetapi kdgkala teman yg kta anggap sahabat sejati tdk semestinya tdk akn mengkhianati kita...dan teman yg bru dikenali tdk semestiny jga tdk blh dijadikan sahabat sejati..cma waktu yg akan menentukan..so teruskanlah menjadi rizz yg berhati luhur kerna pasti ada seseorg yg menghargaimu adikku!

amin berkata...

RIZZ...
sedeh lak abg baca...
moga satu hari nanti akan ketemu juga sahabat yang di cari... jangan lupa untuk memandang di sebelah rizz... mungkin itu ler teman sejati yang selalu membantu tanpa rizz sedari... jangan memandang terlalu jauh... sedangkan ianya hanya di depan mata... ewahhh... x pernah2 berpujangga... malam ni lak dia naik sehh...

Catat Ulasan