Memaparkan catatan dengan label seribu satu malam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seribu satu malam. Papar semua catatan
2 ulasan

KeSunyiaN MalaM...

Isnin, 3 Ogos 2009


Malam yang sunyi sesunyi hati ini...bila ku lihat dan hayati malam ini..kadangkala ku tidak sedar betapa besarnya rahmat yang diberikan kepada ku..malah, ku rasa bersyukur dengan kehidupan yang ku perolehi selama ini. Mungkin nasib diriku tidak sebaik orang lain.Namun,sedari masih ada yang kekurangan daripada kita. Maka sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki dan perolehi..
Malah, cubalah hargai apa yang kita miliki terutama keluarga kita,rakan-rakan kita..janganlah kita hanya mencari sahabat di saat kita memerlukan pertolongannya.. sesungguhnya,sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa bersama kita di kala duka mahupun suka.
Tetapi sedarkah kita,begitu sukar mencari insan yang bernama sahabat..
Mungkin benar,bila orang kata "itu sahabat baikku" erm beruntung orang yang memiliki gelaran itu. Namun,andai kata ada orang berkata"Aku lebih suka sendiri dan aku tidak perlukan sahabat baik!" erm rasa-rasa kenapa orang itu berkata demikian.
kadangkala orang akan mentafsirkan dia itu sombong atau kera sumbang.Namun,pernahkaH kita melihat dari satu dimensi berlainan, pernahkah kita terfikir mungkin dia itu pernah mengalami pengalaman yang mendukakan dirinya ketika bersahabat.JAdi dia lebih senang mengambil keputusan untuk bersendiri. jadi adakah salah dengan ungkapan itu..fikir-fikirkanlah...
Aku tidak mengatakan bahawa kita tidak memerlukan sahabat atau kawan dalam kehidupan kita..bagi diriku sendiri, kawan itu merupakan satu hadiah yang paling berharga dalam hidupku...sebab itu, aku sentiasa cuba untuk menghargai kawan-kawanku walaupun kadangkala diriku terluka..namun apa dayaku..hanya kerana diriku terlalu manghargai sampai kadangkala diriku tertindas..
Walau apapun terjadi, bagi diriku semua itu adalah satu cabaran untuk mematangkan diriku. Malah, semua itu merupakan pengalaman yang paling berharga dalam hidupku...
JAdi,jangan salahkan diri kita ataupun orang lain atas apa yang berlaku k..yang penting kita harus bangkit dan berusaha untuk selesaikan masalah dan dugaan yang kita hadapi...yang penting SENYUM K!