1 ulasan

LAra Si Tunggul Kayu..

Selasa, 4 Ogos 2009

2 ulasan

KeSunyiaN MalaM...

Isnin, 3 Ogos 2009


Malam yang sunyi sesunyi hati ini...bila ku lihat dan hayati malam ini..kadangkala ku tidak sedar betapa besarnya rahmat yang diberikan kepada ku..malah, ku rasa bersyukur dengan kehidupan yang ku perolehi selama ini. Mungkin nasib diriku tidak sebaik orang lain.Namun,sedari masih ada yang kekurangan daripada kita. Maka sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki dan perolehi..
Malah, cubalah hargai apa yang kita miliki terutama keluarga kita,rakan-rakan kita..janganlah kita hanya mencari sahabat di saat kita memerlukan pertolongannya.. sesungguhnya,sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa bersama kita di kala duka mahupun suka.
Tetapi sedarkah kita,begitu sukar mencari insan yang bernama sahabat..
Mungkin benar,bila orang kata "itu sahabat baikku" erm beruntung orang yang memiliki gelaran itu. Namun,andai kata ada orang berkata"Aku lebih suka sendiri dan aku tidak perlukan sahabat baik!" erm rasa-rasa kenapa orang itu berkata demikian.
kadangkala orang akan mentafsirkan dia itu sombong atau kera sumbang.Namun,pernahkaH kita melihat dari satu dimensi berlainan, pernahkah kita terfikir mungkin dia itu pernah mengalami pengalaman yang mendukakan dirinya ketika bersahabat.JAdi dia lebih senang mengambil keputusan untuk bersendiri. jadi adakah salah dengan ungkapan itu..fikir-fikirkanlah...
Aku tidak mengatakan bahawa kita tidak memerlukan sahabat atau kawan dalam kehidupan kita..bagi diriku sendiri, kawan itu merupakan satu hadiah yang paling berharga dalam hidupku...sebab itu, aku sentiasa cuba untuk menghargai kawan-kawanku walaupun kadangkala diriku terluka..namun apa dayaku..hanya kerana diriku terlalu manghargai sampai kadangkala diriku tertindas..
Walau apapun terjadi, bagi diriku semua itu adalah satu cabaran untuk mematangkan diriku. Malah, semua itu merupakan pengalaman yang paling berharga dalam hidupku...
JAdi,jangan salahkan diri kita ataupun orang lain atas apa yang berlaku k..yang penting kita harus bangkit dan berusaha untuk selesaikan masalah dan dugaan yang kita hadapi...yang penting SENYUM K!
1 ulasan

KaLa Senja.

2 ulasan

KeindahaN..

0 ulasan

MeLoMpat LebiH Tinggi!



Andai aku boleh melompat setinggi langit...
Ingin aku mengapai bintang di langit...
Andai aku bisa melompat lebih tinggi..
Ingin aku capai awan yang membiru..
Andai aku dapat terbang tinggi..
Ingin aku bebas seperti burung..
tidak menjadi burung di dalam sangkar emas...
walaupun cantik dipandang..namun seksa di dalam..
Seandainya lautan dapat aku rentasi..
Ingin aku menyelam sedalam mungkin..
ingin aku merentas lautan duri..
Seandainya masih ada waktu...
Ingin aku menjadi bintang..
Ingin aku menjadi idola...
Namun..waktu hanya ada..
Untuk aku menjadi aku...
1 ulasan

TeRuNa & DaRa

1 ulasan

Pagiku...

Ahad, 2 Ogos 2009


Pagi yang gelap kini sudah terang....begitulah lirik lagu kumpulan hujan. HAri ini macam biasa tapi cuaca mendung saja.mungkin sebab semalam hujan lebat. Semalam diriku basah terkena hujan. Hari ini terkena selsema, batuk dan demam..erm risau juga kalau terkena H1N1. Jadi petang,aku kena jumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan dan kepastian bagi tanda-tanda yang aku alami ini. Aku rasakan hari ini tidak seperti semalam, terasa seperti kehilangan yang pasti. Adakah aku bisa menjadikan hari ini lebih baik dan bahagia. erm kadangkala aku sendiri tidak pasti dengan kehidupan ku..seolah-olah terhenti seketika..padam begitu sahaja. Tapi, seperti yang dikatakan oleh ahli Falsafah atau para bijak pandai, hidup kena diteruskan walaupun perit. malah, ada orang kata, kalu hidup ini asyik indah sahaja tanpa kedukaan dan cabaran. bukanlah kehidupan namanya. namun dalam segenap harapan masih ada cahaya yang memimpin dan membantuku dalam setiap urusan ku..erm rasanya setakat itu sahaja untuk pagi ini.Yang paling penting SENYUM!!